Wednesday 14 March 2012

Apa itu Minyak Argan?

APA ITU BUAH ARGAN?




Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.
Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi. Kawasan ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut. Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.

Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.


APA ITU MINYAK ARGAN?



Minyak argan sarat dengan asid lemak seperti asid linoleik, yang merupakan pelopor vitamin E. Ini menjadikan ia terkenal dengan pelembab anti-penuaan, dan antioksidan. Secara saintifik membuktikan bahawa minyak argan mampu untuk membetulkan kekurangan umur berkaitan dengan kulit yang menyebabkan penyahidratan dan kehilangan kekenyalan kulit.


Ia didapati mengandungi 700 mg bagi setiap kilogram tokoferol yang dua kali ganda jumlah yang terdapat di dalam minyak zaitun. Ia adalah bahan antioksida semula jadi dan boleh merangsang pengoksigenan intrasel. Ini membantu meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu lembut. Kandungan nutrien kulit dipulihkan dengan bantuan minyak argan tropika.


KHASIAT MINYAK ARGAN

Kulit :
 
Minyak Argan melindungi kulit daripada kedutan kelihatan disebabkan penuaan pramatang. Ia juga membantu mengurangkan penampilan kedutan dibawah mata.
Ia merupakan agen yang sangat baik untuk kulit kering. Ia menyegar dan melembutkan kulit lebih mudah daripada pengunaan krim atau minyak yang lain.
 
Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar.
 
Minyak Argan adalah sangat baik untuk mengurangkan kegatalan kulit. Ia cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit.
 
Salah satu fakta yang paling menakjubkan tentang Minyak Argan ialah ia baik untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang mengekalkan kulit basah dan melindungi daripada kekeringan, tetapi rembesan yang berlebihan adalah tidak baik untu,k kulit. Minyak Argan mampu mengawal rembesan sebum dan mengekalkan ke tahap yang stabil.
 
Minyak Argan membantu mencegah kesan regangan pada kulit akibat dari proses kehamilan.
Ia memberikan kekuatan kepada kuku yang lemah dan mudah pecah. Ia juga menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.
 
Minyak Argan amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cara air dan psoriasis. Titik atau tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini.
 
Dalam keadaan artritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, Minyak Argan sangat melegakan dan mengurangkan kesakitan.
 
Rambut :
 
Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi. Ia mampu memberhentikan keikalan dan kekasaran rambut dengan cara yang cekap.
 
Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. Ia juga sangat berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.
 
Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus. Ia mengembalikan kelancaran rambut dan rambut menjadi lebih terurus.
 
Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel yang rosak pada rambut.
 
Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Terdapat pelbagai agen luaran dan dalaman seperti haba, kerosakan akibat dari pengoksidaan rambut serta terlebih penggayaan. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi serta merawat kerosakan disebabkan oleh agen perosak.
 
Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut. Mewarna rambut boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, menjadikan rambut rapuh dan tidak terurus. Manfaat tambahan Minyak Argan adalah ia merupakan penawar rambut yang rapuh dan meningkatkan warna rambut yang dirawat. Dalam bahagian ini, ia mampu mengatasi Minyak Jojoba.
 
Pakar-pakar rambut mempercayai bahawa Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
 
Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
 
Kuku :
 
Minyak Argan secara semulajadi kaya dengan Asid Lemak(Omega 3,6 & 9), Vitamin E, Anti-Oksidan. Ia akan menghasilkan kuku yang segar bersinar, kuat, tahan lasak, cantik dan berseri.
 
Anti Penuaan :
 
80% asid lemak tidak tepu dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.
 
Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi,kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan. Minyak argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
Sterols dalam minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen, sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.
 
Juzuk lain yang terdapat dalam minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
 
Asid lemak tidak tepu dalam minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah. Penggunaan kerap minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit. Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark,kedutan dan tumit merekah yang muncul di sebabkan oleh penuaan.
Minyak argan ini mengandungi 1001 kebaikan terutamanya bagi merawat masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, eczema, tona kulit tidak sekata, strecth mark dan perlbagai lagi. Juga sangat sesuai dijadikan sebagai vitamin semulajadi dan ejen anti-penuaan bagi mereka yang sangat menitikberatkan penampilan wajah dan diri.

3 comments:

  1. Gift nature is a Moroccan company located in Agadir, It operates in the sector of producing and exporting organic cosmetics: such as : organic argan oil, prickly pear seed oil, rosewater, Ghassoul, black soap, and many others natural products.

    Our unroasted,roasted argan oil and prickly pear seed oil are ECOCERT/USDA certified .

    ReplyDelete
  2. I am interested. tgnurulsaadah@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Interesting, where can I buy the product

    ReplyDelete